Doa Memulakan Sa'i di Bukit Safa: Bacaan Lengkap & Panduan
Selepas selesai tawaf dan solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim, ibadah seterusnya ialah Sa’i — berjalan ulang alik 7 kali antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Jumlah jarak? Lebih kurang 3.15 km.
Bila anda sampai di kaki Bukit Safa, jangan terus berjalan. Berhenti seketika dan baca doa ini.
Bacaan di Bukit Safa
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
Innas-Safa wal-Marwata min sha’a’irillah
Maksudnya: “Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada syiar agama Allah.”
Kemudian sambung dengan:
أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ
Abda’u bima bada’Allahu bih
Maksudnya: “Aku memulakan dengan apa yang didahulukan oleh Allah.”
Penting: Bacaan Ini Hanya Sekali
Ramai yang keliru — ayat di atas hanya dibaca sekali sahaja, iaitu di permulaan Sa’i ketika pertama kali mendaki Bukit Safa. Ia bukan dibaca setiap kali sampai semula di Safa.
Selepas itu, anda bebas berdoa apa sahaja sepanjang perjalanan Sa’i.
Tips Sa’i Untuk Jemaah
- Pakai kasut yang selesa — 3 km di atas lantai marmar bukan jarak yang main-main.
- Bawa air — ada cooler Zamzam di sepanjang laluan Sa’i, tapi botol sendiri lebih mudah.
- Jangan berlari di laluan hijau jika anda wanita — laluan lampu hijau untuk lelaki sahaja (sunnah berjalan laju/berlari kecil).
- Jaga langkah — lantai boleh jadi licin terutama waktu hujan atau selepas pembersihan.