Tentang Kami

Dari Pasukan TelekungTea, Untuk Tetamu Allah

Travelty Umrah ditubuhkan pada 2025 oleh pasukan di sebalik TelekungTea. Berlesen MOTAC L/N/12614, pejabat di Batu Caves.

Pasukan Travelty Umrah

Kisah Kami

Travelty lahir daripada hati yang sama menubuhkan TelekungTea pada 2010. Sejak itu, kami menyaksikan bagaimana sehelai telekung yang dipilih dengan penuh kasih boleh mendekatkan hati seseorang dengan Tuhannya - dan dengan insan tersayang yang menghadiahkannya.

Kini kami melangkah satu lagi langkah ke hadapan: bukan sekadar menghadiahkan pakaian ibadah, tetapi menghadiahkan perjalanan itu sendiri - perjalanan pulang ke Baitullah. Dengan legasi yang sama, amanah yang sama, kami ingin menemani anda dan keluarga menunaikan impian seumur hidup ini.

Lihat pakej umrah 2027

Maklumat Syarikat

Syarikat Travelty Travel & Tours Sdn. Bhd.
Reg No 202501018306 (1619720-U)
MOTAC L/N/12614
Ditubuhkan 2025 (anak syarikat TelekungTea)
Syarikat Induk TelekungTea - Sejak 2010
Alamat 65 Taman Desa Minang, 68100 Batu Caves, Selangor
Telefon 03-6178 9198 | 010-504 7800

Sijil & Pengiktirafan

Lesen MOTAC L/N/12614 — Lesen Pengendalian Pelancongan & Agensi Pengembaraan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sijil Keahlian PAPUH (Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia) — No. Ahli PP 1251
Sijil Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU) — Kolej Profesional MAIWP, 2025
Sijil Travel and Tours Management Course (TTMC) — MOTAC, 2025
Sijil Umrah Specialized Enhancement Course (USEC) — Kolej Profesional MAIWP, 2025
Sijil Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU) — Kolej Profesional MAIWP, 2025

Kenapa Pilih Kami

Berlesen MOTAC L/N/12614

Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Anda boleh semak sendiri di laman web MOTAC.

Anak Syarikat TelekungTea

Travelty ditubuhkan pada 2025 oleh pasukan TelekungTea, jenama telekung yang ramai kenal sejak 2010.

Mutawwif Tetap, Bukan Freelance

Menemani anda dari ihram hingga tahallul. Tidak hilang di pertengahan jalan.

Hotel Jalan Kaki

Hotel Makkah dari depan Haram hingga ~600 m, semua jalan kaki. Tak perlu naik shuttle bus.

Penerbangan Terus Saudia

Pakej Clock Tower terbang terus dengan Saudia. Pakej Rahmah Repeat dan Standard guna penerbangan transit.

Aplikasi Mutawwif AI

Percuma untuk semua jemaah Travelty. Panduan doa, Al-Quran dan waktu solat dalam satu app.