Ramai jemaah cerita benda yang sama — “Saya tak sangka saya menangis.” Pandangan pertama ke arah Kaabah memang satu pengalaman yang tak boleh dibandingkan dengan apa-apa pun. Ada yang teresak, ada yang terdiam, ada yang terus angkat tangan berdoa.

Saat ini dikatakan sangat mustajab. Jadi, sediakan doa anda dari awal.

Doa Melihat Kaabah

اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْبَيْتَ تَشْرِيفًا وَتَعْظِيمًا وَتَكْرِيمًا وَمَهَابَةً، وَزِدْ مَنْ شَرَّفَهُ وَكَرَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ أَوِ اعْتَمَرَهُ تَشْرِيفًا وَتَكْرِيمًا وَتَعْظِيمًا وَبِرًّا

Allahumma zid hadhal-baita tashrifan wa ta’zhiman wa takriman wa mahabah, wa zid man sharrafahu wa karramahu mimman hajjahu awi’tamarahu tashrifan wa takriman wa ta’zhiman wa birra

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, keagungan, penghormatan, dan wibawa rumah ini. Dan tambahkanlah kepada orang yang memuliakan dan menghormatinya — daripada kalangan mereka yang berhaji atau berumrah — dengan kemuliaan, penghormatan, keagungan, dan kebaikan.”

Selepas Doa Ini, Berdoalah Apa Sahaja

Inilah masanya untuk minta semua yang di hati. Doakan diri sendiri, mak ayah, anak-anak, keluarga, sahabat yang titip doa. Jangan rush — ambil masa, hayati saat ini. Ia mungkin datang sekali seumur hidup.

Tips: Tulis senarai doa di dalam telefon sebelum bertolak. Bila emosi membuak-buak nanti, anda tinggal baca dari senarai tanpa perlu fikir.