Lafaz Niat Umrah: Bacaan, Rumi & Maksud Lengkap
Bagi yang baru pertama kali, detik berniat ihram di Miqat memang boleh buat jantung berdegup kencang. Bas berhenti, semua orang mula bersiap, dan anda mungkin tertanya — “Apa nak baca ni?”
Jangan risau. Simpan doa ini di telefon sekarang, supaya bila tiba masanya nanti, anda tinggal buka dan baca dengan tenang.
Lafaz Niat Umrah
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitul ‘umrata wa ahramtu biha lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.”
Bila & Bagaimana Bacanya?
- Baca selepas solat sunat ihram 2 rakaat di Miqat (atau sebelum melepasi sempadan Miqat).
- Lafazkan dengan lisan, bukan sekadar dalam hati.
- Selepas berniat, terus baca talbiah: Labbaikallahumma labbaik…
Tips Untuk Jemaah Pertama Kali
Ramai yang nervous sampai terlupa bacaan. Tak mengapa — screenshot artikel ini atau tulis di atas kertas kecil dan selitkan dalam poket baju ihram. Yang penting, niat itu ikhlas dari hati.
Semoga Allah permudahkan urusan kita bermula dari niat ini. Aamiin.