Persediaan Fizikal Umrah: Latihan Jalan Kaki Sebulan Sebelum Berlepas
Tahukah anda? Purata jemaah Umrah berjalan kaki antara 10,000 hingga 20,000 langkah SETIAP HARI di Tanah Suci. Jarak dari hotel ke masjid sahaja boleh 1-2 km sehala. Tambah tawaf (lebih kurang 3.5 km) dan Sa’i (3.15 km), memang badan kena prepare.
Ramai jemaah — terutama yang kerja duduk di pejabat sepanjang hari — underestimate tahap keletihan ini. Hari pertama ok, hari kedua mula lenguh, hari ketiga dah tak boleh bangun.
Latihan Sebulan Sebelum
Tak perlu join gym. Cukup dengan latihan berjalan kaki:
- Minggu 1-2: Jalan 20-30 minit sehari, pace santai. Boleh jalan keliling taman perumahan atau atas treadmill.
- Minggu 3-4: Tingkatkan ke 40-60 minit. Cuba jalan di tempat yang ada sedikit tanjakan.
- Pakai kasut yang sama yang anda akan bawa ke Tanah Suci — ini penting untuk “seasonkan” kasut dan kaki anda.
Untuk Jemaah 50 Tahun ke Atas
- Mulakan latihan 2 bulan lebih awal jika boleh.
- Buat stretching sebelum dan selepas jalan — fokus pada betis, lutut, dan pinggang.
- Kalau ada masalah sendi, bawa knee guard atau ankle support.
- Berbincang dengan doktor jika ada sebarang masalah kesihatan kronik.
Kenapa Ini Penting
Ibadah Umrah memerlukan tenaga. Kalau badan terlalu penat, susah nak khusyuk. Susah nak fokus doa. Susah nak sabar dalam kesesakan. Persediaan fizikal bukan sekadar soal sihat — ia soal kualiti ibadah anda di Tanah Suci.
Mula hari ini. Bukan esok, bukan minggu depan. Hari ini.